Jumaat, 19 Julai 2013

Masalah Windows 7 Pada Netbook Toshiba Satellite L645 PSK0LL-04V00M


Selesai Restore Ke Setting Kilang
Masalah
Netbook jenama Toshiba ini mengalami masalah this copy of windows is not genuine atau perisian windows tidak tulen. Tanda-tanda masalah ini ialah sebelum anda masuk ke bahagian desktop akan mengeluarkan warning activate windows now. Setelah anda masuk ke bahagian desktop skrin wallpaper akan menjadi hitam & ada keluar perkataan this copy of windows is not genuine di atas bahagian jam. Netbook ini juga mengalami masalah activation pada Microsoft Office 2010. Drivers netbook ini juga tidak di install dengan sempurna. Apabila dilihat di bahagian belakang netbook ini terdapat cd key Windows 7 Home Premium OEM. Apabila di check di bahagian partition, original recovery telah pun kena buang. Sebenarnya anda tidak perlu clean format jika mempunyai original recovery. Anda cuma perlu restore untuk kembali ke setting kilang. Lagipun cara ini lebih cepat & selamat tanpa anda perlu pening mencari cd windows, drivers & software. Semuanya telah tersedia dalam original recovery ini. Bagi netbook Toshiba model ini, anda boleh backup recovery dengan menggunakan Toshiba Recovery Media Creator. Anda boleh backup dalam DVD atau pendrive. Untuk mengaktifkan recovery melalui DVD atau pendrive anda perlu menekan butang F8 semasa on atau restart netbook. Selepas itu pilih Toshiba Recovery Wizard. Salah satu lagi cara ialah dengan menekan butang nombor 0 sampai keluar perkataan windows is loading files. Cara ini hanya menjadi jika original recovery masih ada dalam hard disk anda.

Penyelesaian
Bagi masalah original recovery yang telah kena buang, saya menggunakan software EaseUS Partition Recovery Free untuk restore balik original recovery Toshiba ini. Sebelum anda menggunakan software ini pastikan anda mempunyai 2 partition. Jika anda mempunyai 1 partition sahaja akan menghadapi masalah untuk restore original recovery Toshiba yang telah kena buang. Ini kerana partition yang kedua menjadi tumpangan sementara original recovery Toshiba yang telah berjaya anda restore. Software EaseUS Partition Recovery mempunyai 2 cara untuk recovery partition iaitu fast atau complete. Cara fast proses lebih cepat tetapi peluang untuk mendapat partition yang kena buang tipis. Kalau cara complete proses agak lama tetapi peluang untuk mendapat partition yang kena buang tinggi. Setelah diuji memang betul, apabila saya menggunakan fast tidak berhasil & apabila menggunakan complete saya berjaya menjumpai original recovery Toshiba. Nama original recovery Toshiba ini adalah HDDRECOVERY. Setelah itu saya proceed untuk backup partition HDDRECOVERY. Jangan lupa mark partition as active pada partition HDDRECOVERY. Setelah saya backup dokumen penting, saya pun restart netbook & terus proses restore ke setting kilang. Pertama kali anda masuk ke ruangan Toshiba recovery skrin akan terpapar pilihan Windows 7 Home Premium 32bit atau 64bit. Saya tidak pasti laptop Toshiba ini menggunakan processor Windows 7 Home Premium 32bit atau 64bit. Tetapi kebanyakkan processor terkini support 64bit. Jadi saya pilih Windows 7 Home Premium 64bit, senang untuk menambah ram lebih dari 4gb pada masa akan datang. Proses restore ini mungkin mengambil masa yang agak lama, pastikan anda jangan tutup netbook anda sampai semua proses habis sepenuhnya.

Antara Masalah Yang Timbul Sebelum Proses Restore Dilakukan
Software EaseUS Berjaya Menemui Original Recovery Toshiba Yang Telah Kena Buang
Jika Proses Restore Pertama Anda Berjaya Akan Keluar Seperti Skrin Di Atas. Selepas Selesai Langkah Kedua Di Atas, Anda Akan Terus Ke Proses Ketiga iaitu Restore Drivers & Applications Original Toshiba

0 comments:

Catat Ulasan