Api LED Power/HDD Terus Menyala Tetapi Tetap Blank Screen |
Acer Aspire One D270 ini bermasalah blank screen. Apabila butang on ditekan, api LED di bahagian power/hard disk ada. Kipas heatsink berpusing tapi cuma 5 saat sahaja & lepas itu berhenti. Hard disk juga berjalan tapi cuma 8 saat sahaja & juga berhenti. Tetapi api LED di bahagian power/hard disk terus kekal. Apabila diuji menggunakan LCD monitor juga no signal. Bateri CMOS dicabut, slot RAM/RAM juga dicuci tapi masih lagi skrin kosong. Hard disk partition/data juga telah corrupt.
Penyelesaian
Biasanya Aspire One memang selalu mengalami masalah BIOS corrupt atau masalah chipset. Kemungkinan besar netbook ini mengalami masalah chipset. Anda boleh cuba reflow chipset terlebih dahulu, kalau bernasib baik mungkin netbook dapat beroperasi seperti biasa. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya beli motherboard terpakai dari luar negara. Kalau betul-betul baru ada tapi harga agak mahal. Motherboard terpakai ada pelbagai gred. Saya ambil motherboard terpakai gred A. Motherboard ini bukan refurbish atau recon. Apabila motherboard telah sampai, saya terus pasang & uji. Semua ok kecuali keyboard yang bermasalah. Butang Esc & beberapa butang yang sebaris dengannya bermasalah. Dah cuba cuci connector tapi masih juga bermasalah. Kalau guna USB keyboard ok sahaja. Mungkin ini yang menyebabkan saya tidak dapat reflash menggunakan pendrive sebelum ini kerana shortcut key yang di perlukan tidak dapat ditekan. Apabila diperiksa di bahagian processor, ia tidak sama dengan processor original. Processor motherboard terpakai ini menggunakan processor Intel Atom N2600 (1.6GHz, 1MB L2 cache), sementara yang original menggunakan processor Intel Atom N2800 (1.86 GHz, 1MB L2 cache). Maksudnya netbook ini telah downgrade processor. Mungkin berlaku sedikit kesilapan semasa membeli motherboard ini kerana tidak memeriksa processor terlebih dahulu. Saya cuma melihat gambar sahaja. Acer Aspire One D270 memang keluar 2 model, perbezaannya pada Processor/RAM/Hard Disk/Windows. Processor jenis ini tidak dapat dicabut seperti notebook/laptop. Ini salah satu sebab motherboard jenis ini agak mahal kerana sekali dengan processor.
Bahagian Depan. Sebelah Kiri Motherboard Terpakai, Sebelah Kanan Motherboard Original |
Bahagian Belakang. Sebelah Kiri Motherboard Terpakai, Sebelah Kanan Motherboard Original |
Setelah Motherboard Terpakai Dipasang, Netbook Berjaya Di Hidupkan. |
0 comments:
Catat Ulasan