Ahad, 25 Ogos 2013

Masalah Hard Disk Pada Laptop Compaq Presario CQ41


Selesai Install Windows 7 64Bit Home Basic SP1 Dan Install Program
Masalah
Pemilik laptop ini mengatakan laptop ini tidak dapat on & mungkin juga masalah GPU atau chipset. Saya berharap perkara itu tidak berlaku kerana membaiki GPU atau chipset agak mahal. Kemudian, Saya cuba on laptop & laptop dapat hidup. Selepas keluar BIOS terus tersekat di bahagian loading Windows 7. Kadang-kadang hard disk tidak detect. Jadi saya uji menggunakan system dignostics dengan menekan F2. Memory test pass tetapi hard disk fail. Ini bermaksud hard disk rosak. Jadi saya buka hard disk, pasang secara external dan sambung ke PC. Hard disk detect tetapi tidak dapat baca. Apabila di klik setiap bahagian partition akan keluar amaran menyuruh format. Kemungkinan hard disk ini mempunyai bad sector. Bad sector mungkin dapat dibaiki jika tahap kerosakkannya tidak terlalu teruk. Tapi untuk hard disk ini bad sector terlampau banyak dan proses agak lama. Selepas 2 hari, proses membaiki bad sector belum juga selesai. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti membaiki bad sector.

Penyelesaian
Cara yang paling mudah, tukar sahaja hard disk baru. Saya tukar dengan hard disk jenama Western Digital 500gb. Hard disk original laptop ini jenama Toshiba 320gb. Saya cuba untuk mengambil original recovery dari hard disk lama, namun tidak berhasil. Jadi, Saya format sahaja hard disk menggunakan Windows 7 64bit Home Basic SP1 dan menggunakan cd key original yang terdapat pada belakang laptop. Saya telah cuba on laptop ini selama 2 hari dan laptop ini tidak mengalami masalah auto shutdown atau auto restart. Laptop juga tidak mengalami masalah tidak dapat on. Mungkin yang di maksudkan pemilik laptop tidak dapat on adalah laptop tidak dapat masuk ke bahagian desktop.

Sebelah Kiri Hard Disk Original Jenama Toshiba, Sebelah Kanan Hard Disk Baru Jenama Western Digital

0 comments:

Catat Ulasan