Selasa, 30 April 2013

Masalah No Signal Di LCD Monitor Pada PC Acer Aspire M1200


PC Acer Aspire M1200
Masalah
Masalah PC Acer Aspire M1200 ini adalah no signal di LCD monitor. Apabila suis on ditekan PC akan hidup seperti biasa tetapi tiada cahaya pada LED power, HDD & Lan. Bila motherboard diperiksa, tiada kapasitor yang bocor atau komponen shorting. Jadi, langkah pertama saya cabut bateri cmos & masukkan balik selepas beberapa minit. Saya juga cuba reset cmos dengan menukar kedudukan jumper, namun masih tidak berjaya. Kemudian saya cuba menukar bateri cmos dengan menggunakan bateri cmos lama, namun masih juga tidak berjaya. Selepas itu, saya cuba cuci ram, slot ram, menukar kedudukan ram & menggunakan ram lain, masih juga gagal. Saya cuba menggunakan graphic card PCI-E kerana motherboard PC ini mempunyai PCI-E slot, namun masih lagi gagal. Jadi, saya suspek mungkin masalah berpunca dari motherboard atau processor. Memandangkan tiada motherboard & processor spare yang sesuai untuk melakukan ujian, saya terpaksa mengambil risiko untuk membeli motherboard baru. Jika motherboard baru ini tidak juga dapat menyelesaikan masalah, terpaksa pula membeli processor.

Penyelesaian
Setelah motherboard baru yang dipesan sampai, saya terus memasang ke casing PC. Apabila suis on ditekan, akhirnya PC hidup, semua cahaya LED menyala & juga ada signal di LCD Monitor. Ini bererti processor masih ok. Namun, saya tetap tidak berpuas hati dengan motherboard lama. Saya tetap yakin motherboard lama ni masih ok. Kemudian saya pasang balik motherboard lama. Saya cabut bateri cmos & terus tekan suis on &  semuanya berfungsi dengan baik. Ini menambah keyakinan saya yang motherboard lama ni tidak rosak. Saya pun mencuba bateri cmos motherboard baru & dimasukkan ke motherboard lama. Setelah setting di bahagian bios, saya pun shutdown PC untuk menguji sama ada bateri cmos ini berfungsi dengan baik. Setelah dicuba beberapa hari, ternyata motherboard ini tidak rosak & masalah sebenarnya cuma pada bateri cmos. Mungkin kuasa bateri cmos ini sudah lemah atau sudah rosak. Kebetulan saya tidak mempunyai stok bateri cmos yang baru untuk dicuba. Kesimpulannya, sila check betul-betul kerosakkan sebelum membuat keputusan membeli alat ganti baru. Ini dapat mengelakkan anda rugi tersalah beli alat ganti.

ATT : Bagi anda yang mencari motherboard untuk socket AM2+/AM2/AM3+/AM3 processors, saya ada jual. Jenama ASRock N68C-GS FX. Motherboard ini saya beli untuk menggantikan motherboard Acer Aspire M1200 tetapi kerosakkan bukan berpunca dari motherboard. Klik sini

Perhatikan Debu Yang Terkumpul Di Dalam Casing PC
Debu Yang Tidak Dicuci Pada Heatsink & Kipas Boleh Menyebabkan Overheat Atau Kerosakkan Pada Processor Atau Motherboard
Bateri Cmos Jenama Panasonic
Sebelah Kiri Bateri Cmos Baru Jenama Panasonic & Kanan Bateri Cmos Lama Jenama Newsun
Thermal Compound Pada Processor Juga Telah Diganti Dengan Yang Baru
Selesai Membuang Debu Dan Mengalihkan Kabel PSU Ke Belakang/Tepi Supaya Aliran Udara Lebih Lancar
Selesai Install Windows 7 & Install Program

9 ulasan:

  1. hai..salam, sy ada 1 malsah pc..bila kita on semua hidup,selang berapa saat pc shut down terus..ram dh cuci,try tukar tp masih lg masalah..sudah ganti psu, masih lg berulang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau RAM & PSU dah tukar & masih ada problem, maybe ada masalah komponen pada motherboard.

      Padam
  2. salam admin...sy ad pc cmni...masalah sme mcm admin nyatakan...kalau sy nk tukar motherboard, motherboard ASROCK 960GC-GSFX boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba cuci ram/slot terlebih dahulu atau tukar ram. Kalau masih ada masalah cuba cabut cmos & lepas tu masuk balik atau tukar bateri baru. Kalau tak pandai repair motherboard beli jer motherboard baru. Kalau nak beli motherboard sila lihat spesifikasi terlebih dahulu. Sesuai tak dengan processor/ram/graphic/psu/port/connector & lain-lain.

      Padam
  3. Masalah sya bila sya tekan suis,smua on dengan baik tapi masalah sya ialah monitor...paparan memang keluar tapi hanya paparan 'acer'...lepas tu dia tulis no signal akhrnya skrin menjadi hitam...lampu pada butang monitor tu pun jadi oren dan bukan kuning..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC dah berapa lama? Banyak kemungkinan masalah ni. Anda boleh try check satu persatu. 1st cabut bateri cmos/tukar bateri cmos lain/jumper, kalau tak ok try cuci ram/slot ram/tukar ram lain tapi sama jenis. Kalau masih juga tak ok, check grafik kad jika PC anda menggunakan separate grafik kad. Sila cuci contact grafik kad/slot grafik kad/tukar grafik kad lain tapi mesti sama jenis. Kalau ada intergrated grafik kad boleh test guna untuk menguji sama ada separate grafik kad bermasalah. Kemungkinan terakhir motherboard bermasalah sama ada kapasitor bocor atau chipset rosak.

      Padam
  4. salam admin ,, saya nak tanya ,, sebelum ni saya pkai 2GB ram ddr2 ,, slot 1 (1GB) slot 2 (1GB) , saya ada membeli 2 ram ddr2 = 4GB ram , masalahnya bila saya pasang dua2 ram slot 1 (2GB) , slot 2 (2GB) , monitor tak menyala ,, bila saya pasang ram slot 1 (2gb) slot 2 (1GB) monitor menyala seperti biasa ,, apa masalahnya ya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro, ram 2gbx2 yang anda beli sama brand & sama mhz? Ram jenis 16chip atau 8chip? Ram 1gbx2 yang lama tu brand apa & berapa mhz support? Di motherboard ada berapa slot ram? Ada tak baca manual guide motherboard jenis ram yang support & mhz yang support. Pakai windows apa? 64bit atau 32bit?

      Padam