Rabu, 26 Februari 2014

Hard Disk Caddy Untuk Install Hard Disk Kedua


Majoriti laptop yang anda gunakan mempunyai satu slot hard disk sahaja. Bagi anda yang mempunyai kapasiti hard disk yang lebih kecil, antara pilihan yang biasa anda lakukan ialah upgrade internal hard disk yang lebih besar atau membeli external hard disk. Tahukah anda, slot DVD rom yang terdapat pada laptop anda, boleh digunakan sebagai hard disk kedua. Tetapi untuk melakukan proses upgrade ini syarat utama ialah anda mesti mempunyai slot DVD rom dan juga membeli hard disk caddy. Biasanya kita jarang menggunakan DVD rom. Anda boleh menggunakan external DVD rom, jika anda ingin memainkan DVD/CD.

Hard disk caddy yang terdapat di pasaran mempunyai pelbagai jenama. Ada jenis universal (majoriti jenama laptop dapat pakai) atau jenis ikut jenama (kalau Acer kena guna Acer, kalau Dell kena guna Dell dan sebagainya). Terdapat 2 jenis saiz di pasaran, saiz 12.7mm dan 9.5mm. Jenis yang saya ada jumpa di pasaran ialah SATA ke SATA dan PATA ke SATA. Ada jenis yang dapat dibuka seperti anda membuka DVD rom untuk memasukkan DVD/CD dan ada jenis yang tidak dapat dibuka. Selain daripada hard disk, anda juga boleh install SATA SSD yang mempunyai saiz seperti hard disk. Hard disk caddy ini juga dapat digunakan sebagai external jika anda mempunyai USB external cable.

Contoh Universal Hard Disk Caddy
Contoh Posisi Hard Disk Di Dalam Hard Disk Caddy
USB External Cable Bagi Anda Yang Ingin Menjadikan Hard Disk Caddy Sebagai External

0 comments:

Catat Ulasan