Isnin, 6 Ogos 2012

Netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia


Ok hari ni, saya nak kongsi sedikit info pasal Netbook Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia. Model ini sama dengan model keluaran Lenovo IdeaPad S100 di pasaran cuma ada sedikit perbezaan. Antara perbezaan yang saya dapat kesan adalah pada CPU. Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan CPU Intel Atom N570 1.67GHz, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan CPU Intel Atom N455 1.66GHz. Perbezaan seterusnya adalah pada Hard Disk. Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan Hard Disk 500GB & 320GB, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan Hard Disk 250GB. Di samping itu, Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan RAM DDR3 2GB, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan RAM DDR3 1GB. Perbezaan lain pula adalah Lenovo IdeaPad S100 di pasaran mempunyai sambungan bluetooth, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia tiada. Anda boleh menguji sambungan yang terdapat pada Lenovo IdeaPad S100 anda dengan menekan butang Fn+F5. Webcam pada Lenovo IdeaPad S100 di pasaran mempunyai resolusi yang boleh sampai sehingga 720p HD, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia saya tidak begitu pasti. Anda boleh on atau off camera anda dengan menekan butang Fn+Esc.

Namun begitu, Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia juga mempunyai kelebihan iaitu pada Windows 7 nya. Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan Windows 7 Pro (MCMC) 32bit + Office 2010 versi Home and Student (Word, Excel, PowerPoint), sementara Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan Windows 7 Starter + Office saya tak pasti (mungkin menggunakan Office Starter 2010/ Word + Excel). Microsoft Office 2010 kena aktif secara manual dan memerlukan sambungan ke internet.

Pakej Netbook, Charger, Manual Guide & License Microsoft Math 3.0
Netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia
Sila Setting Terlebih Dahulu Sebelum Menggunakan Netbook Anda
Kali pertama anda menggunakan netbook ini, sila backup terlebih dahulu dengan menggunakan onekey recovery. Ini bagi memudahkan anda restore jika berlaku sebarang masalah pada sistem windows anda. Ada 2 cara backup iaitu ke HDD, biasanya di partition d: . Bergantung jika HDD anda mempunyai 2 partition. Paling bagus adalah backup ke dalam DVD kosong, mungkin 3 atau 4 DVD kosong. Tapi memerlukan external dvdwriter & software burner. Ada lagi 1 cara adalah dengan menggunakan backup pada Windows 7.

OneKey Recovery
Antivirus yang dibekalkan untuk netbook ini adalah McAfee Antivirus Plus. Jika anda ingin menggunakan antivirus lain, sila unistall McAfee Antivirus Plus terlebih dahulu. Bagi saya antivirus yang paling sesuai untuk netbook ini adalah Microsoft Security Enssentials (MSE), syaratnya windows anda mestilah original. Anda boleh menggunakan antivirus lain, sesuai dengan keinginan anda.

Ok camera di bahagian hadapan boleh digunakan untuk Skype atau YM. Tapi jika anda ingin menggunakan untuk capture photo atau record video anda memerlukan software Lenovo Easy Capture. Software ini tidak di bekalkan bersama netbook ini. Anda boleh cari di google tapi kena cari yang betul-betul untuk S-Series.

Jika Anda Ada Masalah Seperti Di atas, Sila Tekan Fn+Esc

89 ulasan:

  1. boley tau tak,braper harga pasaran sebenar netbook ny ???

    BalasPadam
  2. Saya tak berapa pasti Mr Bubbles sebab lain tempat lain harga. Kalau di sebuah kedai komputer di Kuching, Sarawak hari tu harga RM1+++

    BalasPadam
    Balasan
    1. admin whre i find the store of lenovo 1 malysia here in miri

      Padam
    2. Hi! Saya tidak pasti, u boleh try calling no di bawah netbook. Netbook u ada masalah?

      Padam
  3. macamna nak restore semua file (C:) dari backup selepas gune one key recovery ?.

    BalasPadam
  4. Restore macam mana? Restore documents personal atau restore windows? Kalau anda restore windows kena backup documents yang penting terlebih dahulu ke dalam pendrive, external hdd, cd/dvd kosong atau dalam partition d:

    BalasPadam
  5. apabila saya nak reestore ...tiba2 dia minta notice ..selepas itu enter you password....apa password yang harus saya beri....help2

    BalasPadam
  6. John Smitch sebelum ni ada tak set Power-on password & Supervisor password?

    BalasPadam
  7. saya nak minta tolong.berapa harga kalauu saya format laptop?berapa hari baru boleh diambil,sebab saya tinggal di sri aman.

    BalasPadam
  8. eliz abeth, nak format netbook Lenovo Ideapad S100 atau netbook jenama lain? Netbook 1 Malaysia atau bukan? Sila bagi email anda untuk saya hubungi. Atau anda boleh isi butiran di CONTACT ME. TQ...

    BalasPadam
  9. erm laptop notebook s100 lenovo saya tu 1Malaysia boleh tak laptop saya tu upgrade ke window 8 ?

    BalasPadam
  10. tpi betul ke dpt msuk window 8 lenovo tu ???? and klau nak tukar ram ke 2gb beraPa harga dia ?

    BalasPadam
  11. Anda boleh masuk link bawah ni untuk check Windows 8 system requirements

    http://windows.microsoft.com/en-MY/windows-8/system-requirements

    Kalau tidak pasti juga, Sila download upgrade assistant untuk check Laptop atau PC anda support Windows 8 atau tidak.

    http://windows.microsoft.com/en-my/windows-8/upgrade-to-windows-8

    BalasPadam
  12. Harga netbook kat semenanjung berape ar??

    BalasPadam
  13. netbook saya x blh on windows..yg tertulis pada screen ialah hard disk error...saya cuba start manually, tp still same cause..what the solution??i need yr help as fast as possible.

    BalasPadam
  14. Terima kasih mohd syazwan sudi masuk ke blogspot saya. Kemungkinan ada 2 problem iaitu windows system corrupt atau hard disk rosak. Kalau hard disk guna connector, boleh check connector takut bermasalah juga. Try restore windows ke setting kilang dulu. Pastikan save dulu documents penting. Kalau tak dapat try repair hard disk. kemungkinan hard disk ada bad sector.

    BalasPadam
  15. saya punya intel atom n2600 nie boleh upgrade pergi ke intel i7 dan ram 8 gb ? //Dan SAYA ADA MASALAH (PENTING DAN TOLONG) BERMAIN GAME 3D MASALAH TEXTURE ROSAK SAYA HAMPIR REPOT MASALAH INI KAPADA LENOVO 1MALAYSIA '''CUBA KAMU MAIN GAME 3D .....DAN LEPAS TU ''WINDOWS EXPERINCE INDEX' GAMING GRAPHICS DI KATA {NOT DETECTED} JADI TOLONG PADA ORANG YANG ADA LEPTOP LENOVO S110 nie ramai yang kesal dng product nie {{{JADI TOLONG!!!!}}}

    BalasPadam
  16. jadi boleh upgrade graphics card dan video card ? di notebook nie?

    BalasPadam
  17. Kalau motherboard desktop memang support lebih dari 1 processor tetapi kalau motherboard laptop saya tidak begitu pasti. Pada pendapat saya, netbook memang tidak sesuai untuk bermain games. Lagipun netbook ini menggunakan grafik Intel HD. Kalau menggunakan grafik ATI atau NVIDIA, maybe dapat main games heavy. Tapi bergantung juga dengan kekuatan processor & juga ram. Kalau nak juga main games, beli jer laptop. Sekarang ada laptop harga bawah RM1500 pun dah ada grafik ATI atau NVIDIA.

    BalasPadam
  18. Biasanya kad grafik untuk laptop adalah built in. Memang sukar untuk kerja upgrade dilakukan. Tapi saya pernah terbaca artikel di satu blog, mengatakan kad grafik dapat di upgrade jika mempunyai slot MXM. Ia seperti kad grafik PCI-E yang terdapat pada desktop yang dapat dibuka & dimasuk ke slot PCI-E. Tetapi ada beberapa faktor kena dilihat terlebih dahulu sebelum melakukan proses upgrade. Takut tidak compatible dengan motherboard.

    BalasPadam
  19. netbook mmg bukan sesuai untuk games and menonton movie hd. sangat2 lagging dan tidak hairan jika laptop boleh rosak disebabkan info yang kurang jelas mngenai fungsi netbook secara amnya oleh pengguna. sesuai jika keperluan adalah utk surfing, buat kerja office. laptop dengan prosessor dan ram yang lebih besar sesuai untuk multimedia dan games, saiz pun besar.

    BalasPadam
  20. Ada jual keyboard untuk Lenovo netbook S110? Berapa harganya?
    TQ.

    BalasPadam
  21. Sparepart untuk Lenovo susah sikit nak cari tapi saya boleh check dulu. Boleh tinggalkan email anda atau isi butiran di contact me. Tq

    BalasPadam
  22. salam..notebook 1msia saya xbole msuk windows...bila on bunyi ja ada tapi xbaca hardisk..last saya guna sms tgk video online..trus black screen..bila restart da jadi cmtu..rasanya problem apa yer??ada solution ker??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih masuk ke blogspot saya. Ada bunyi beep secara berterusan atau selang seli? 1st boleh try cuci ram/slot ram/tukar ram lain. Blank screen atau black screen? Sebab kadang-kadang ada yang tak faham antara blank screen atau black screen.

      Padam
    2. Bunyi berterusan dan black screen...

      Padam
    3. Kemungkinan ram bermasalah ni, try cuci ram/slot ram/tukar ram lain. Kalau netbook anda jenis Lenovo kena buka habis cover kat bawah netbook tu. Kena hati-hati buka takut cover crack.

      Padam
  23. salam admin.. apa fungsi menarik laptop lenovo 1malaysia nie?? bleh terang kan tak??

    BalasPadam
  24. Netbook ni sama jer dengan mana-mana dengan netbook 1 Malaysia yang lain atau netbook yang biasa berada di pasaran. Saiz tidak berapa besar & senang di bawa ke mana-mana. Cuma netbook ini tiada built in bluetooth sahaja. Kalau anda mempunyai apa-apa jenama netbook 1 Malaysia, sila upgrade RAM ke 2gb sebab original RAM cuma 1gb sahaja. Saya sendiri pernah mencuba pelbagai jenama netbook 1 Malaysia memang agak slow setelah anda install beberapa program.

    BalasPadam
  25. admin, saya guna lenovo s100 bkn 1 malaysia. masalah saya, button enter dan button kanan tidak berfungsi. untuk typing memang menyukarkan saya dan touch pad plak nak select/click tidak brfungsi jgak.. tetapi selepas saya tekan button on/off webcam baru touch pad berfungsi.. tiap kali on laptop akan saya lakukan yg sama. ada solution tak admin. atau saya kena tukar 1 set keyboard baru?

    BalasPadam
  26. Admin..sy beli lenovo s110...mslhnye micr. Office kene mskkan product key...mmg xde care lain ke nk setelkan mslh office utk model sy beli tu? Mcm mane la nk wat kije kalo xleh pakai office...dh try mskkan sume key yg sy ade n cr kat google...mmg xdpt.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat guna microsoft office tu tapi microsoft office 2010 basic sahaja. Ada Word Starter/ Excel Starter sahaja. Kalau nak guna boleh tapi banyak function yang tiada, tidak seperti version home/pro.

      Padam
    2. Tp die mtk key product...sy duk cr google ramai ckp mmg kene beli dr microsoft...kalo x nanti xleh gune MS office...lenovo s110 sy ni build in window 7 and MS office 2007...trial 60 hari rsnye....adoi...

      Padam
    3. Ok, Amar boleh bagi email tak kat sini, kalau tak pun isi butiran di contact me, nanti saya tolong selesaikan masalah anda.

      Padam
  27. Berapa harga kalau monitor laptop 1 malaysia ada dead pixel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dead pixel yang kecil-kecil itu masih dapat guna, kalau dah teruk sangat boleh tukar LCD baru. Kalau nak tukar LCD baru, boleh bagi email anda kat sini atau isi butiran di contact me. Tq...

      Padam
  28. hello admin..ada jual tak HDD s110 sepupu kpda s100 ~_~..sbb hdd sye ada 2 jnis. lenovo lupa master pass bila msok bios dan yg jnis coby plak asyik ckap bootable device failed..please enter correct bootable device or media bootable device..jdi..kalau nak beli HDD bru..brpa harga dan sye pown owg c aman..area jalan brayun..^-^..harap blas ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal Lenovo, adakah anda set password pada administrator master/user atau hdd master/user? Atau set password kedua-duanya sekali? Pasal Coby, boleh check setting di bios detect atau tidak hard disk. Lepas itu, pastikan 1st priority boot mesti hard disk. Kalau hard disk tidak detect di bios, kemungkinan hard disk rosak. Kalau hard disk masih boleh detect, boleh try repair takut ada bad sector. Kalau nak repair 2 netbook tu boleh tinggalkan email/no hp di sini atau isi butiran di contact me.

      Padam
  29. hai and evening
    how much do i need to pay?
    1. change keyboard - some got missing botton.

    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi! Sila bagi email anda di sini atau isi butiran di contact me.

      Padam
  30. lenovo 1 malaysia lepas diformat kat kedai terus tak boleh sambung wifi..kedai kata tak ada driver untuk wifi lenovo 1 malaysia ..sila admin bagi pendapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa kedai komputer tersebut format secara manual dan membuang original recovery yang terdapat pada netbook Lenovo tersebut. Sepatutnya juruteknik di kedai komputer tersebut cuma perlu restore ke setting kilang menggunakan onekey recovery yang terdapat dalam netbook Lenovo. Saya ada driver untuk netbook Lenovo tetapi untuk repair sahaja. Anda boleh cuba update windows atau menggunakan driverpack solution.

      Padam
  31. Hello admin. saya ada beli ram kingston KVR1333D3S8S9/2G untuk diupgradekan pada netbook lenovo ideapad s100 1 malaysia. setelah diganti dan dihidupkan netbook tersebut tidak berfungsi (black Screen). Apabila saya pasang semula ram yang asal netbook tersebut hidup seperti biasa. admin ada solution tak dengan masalah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba cuci slot ram. Maybe slot ram kotor. Saya pernah cuba ram 2gb pada netbook Lenovo tapi jenama Ramaxel dan tiada masalah yang timbul.

      Padam
  32. admin/....
    boleh tolong x....
    laptop 1 malysia sya....
    tiba2x mintak password hdd....
    tp sya tiada pun....pasang tuh password....
    apa pasword yg harus sya pasang........
    help me please/.... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana mungkin tiba-tiba password set sendiri. Maybe anda salah tekan atau seseorang yang buat password tu. Password set pada administrator master/user atau hdd master/user? Atau set password kedua-duanya sekali? Saya boleh tolong resetkan, kalau anda berada di Sri Aman, Sarawak serta kawasan berdekatan. Kena guna cara dos untuk buang password pada hdd tu. Kalau nak buang password administrator kena guna eeprom programmer untuk reflash bios.

      Padam
  33. hi..slm 1 m mr admin..macamna msk dos utk buang p/w atau eeprom programmer utk reflash bios tk

    BalasPadam
  34. laptop 1Malaysia brand Idola saya boleh main 720p video kat youtube....saya guna windows 8.1

    BalasPadam
  35. hello,,where di i find the store of 1malaysia lenovo here in miri

    BalasPadam
  36. hello laptop 1 malaysia store anyone here know the store miri

    BalasPadam
  37. whre s the store of lenovo 1 malaysia in miri

    BalasPadam
  38. Hello admin,laptop 1 malaysia
    ini bgs tak kalau main heavy games seperti dota dan online games yg lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak sesuai, netbook kalau untuk online & buat kerja ringan2 ok.

      Padam
    2. Maaf, sye note book sye boleh on. Tpi tk boleh open sepenuh nye. Dy suruh masuk kan master password. .. Sye pakai 1 mlaysia pnye. Ape patut sye buat? Password tu sye tk tau, boleh bro tolong?

      Padam
    3. Kalau bro berada di Sri Aman, Sarawak serta kawasan yang berdekatan saya boleh tolong resetkan.

      Padam
  39. Admin ble cadangankn part/brand yg sesuai utk upgrade RAM ke 2gb Lenovo S100?
    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana2 brand pun boleh, yang penting ram jenis DDR3 1333mhz atau PC3-10600s. Guna 8chip. Saya guna 8chip ok tiada masalah setakat ni, stabil. Kalau 16chip saya tak pasti support ke tak. Kalau nak guna 4gb maybe dapat tetapi Windows kena tukar ke 64bit.

      Padam
  40. mcm mna nk restore setting lenovo s100 satu malaysia ne ya?sebab bila sy on laptop..screen dia kluar warna biru dan tulis error hard disk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna 2 cara. Kalau dapat masuk area desktop guna one key recovery. Kalau tak dapat masuk guna reset button kat tengah-tengah antara quick screen dan power button. Guna klip kertas dan cucuk sehingga keluar recovery screen

      Padam
  41. admin, adakah screen netbook msi ms-n014 sama dengan coby nbpc1023? semuanya jenis netbook 1 malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah juga nak cakap sama ker tak, kena compare sendiri. Boleh buka skrin Coby dan check jenis slim ker, apa kod skrin, posisi lcd ribbon cable (LVDS), berapa pin connector.

      Padam
  42. laptop lenovo ni boleh tambah video ram tak.......video ram lenovo s110 cuma 32 mb sahaja....saya nak upgrade video ram saya ke lebih tinggi untuk main game......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa memang sukar untuk dibuat kerana grafik netbook built in di motherboard. Ia tidak seperti grafik kad pada pc yang dapat dicabut dan dipasang. Pasal penambahan ram pada grafik, mungkin dapat tapi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menukar komponen-komponen tertentu.

      Padam
  43. Kalau nak repair laptop acer aspire 4253 yang tidak boleh booting boleh tak....saya rasa ia rosak hardisk......jadi kalau boleh berapa harganya untuk repair hardisk laptop acer aspire 4253 itu......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena check step by step untuk confirm hard disk yang rosak sebab kadang-kadang masalah lain. Hard disk boleh repair kalau masalah soft parts seperti boot corrupted atau bad sector. Tapi ikut nasib juga, kadang-kadang hard disk dapat pakai lama dan kadang-kadang masalah yang sama akan berulang kembali. Kalau masalah mechanical parts memang kena tukar hard disk baru. Biasanya hard disk akan mengeluarkan bunyi yang pelik seperti bunyi klik-klik atau bunyi yang tidak normal. Kalau bro berada di Sri Aman serta kawasan berdekatan, saya boleh tolong check dan repair laptop anda.

      Padam
    2. memang saya brada d c aman......tapi sya x tahu dimana lokasinya.......

      Padam
    3. bos saye dh fix dh msalah hardisk 2...sye guna hardisk lenovo s110 sye dn gntikn lpstu sye install windows 8...

      Padam
  44. kalau saya nak tukar version windows 7 professional ke window xp ade tak......kalau saya tukar version windows 7 ke window xp mungkin akan menambahkan vga atau vram laptop lenovo s110 saya itu.......atau awak boleh overclock....

    BalasPadam
  45. klu nak buka keyboard laptop lenovo 1malaysia. belakang ada skru tak. atau tarik keluar terus.. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 3 skru kat belakang bateri. Lepas tu buka seperti biasa. Kalau nak cari keyboard baru untuk netbook ini saya ada stok. Bagi jer email atau isi butiran di contact me.

      Padam
  46. admin apa masalah notebook saya bila di on tengok movie jap tiba2 black screen,kipas pusing tapi black screen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notebook jenis apa? Ada tak check setting brightness? Masalah ini timbul hanya masa tengok movie? Kalau off notebook on balik ok? Pernah upgrade apa-apa sebelum ni? Upgrade BIOS ker atau upgrade windows asal ke windows lain? Susah juga nak cakap masalah ni kena check satu-satu.

      Padam
  47. nk tnya hrga hardisk lenovo brpa ea ... sbb sy pny hardisk rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf saya tak jual hard disk sahaja. Hard disk baru hanya ditukar jika saya yang repair laptop atau pc. Jika anda berada di Sri Aman serta kawasan berdekatan boleh hantar laptop anda dengan saya.

      Padam
  48. LENOVO S100 KALAU NAK UPGRADE HDD KE SSD OK TAK ? BERAPA GB YG STABIL.. ADAKAH CUKUP SEKADAR TUKAT ITEM ITU SAJA ATAU PERLU TUKAT ITEM2 YANG LAIN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti ok atau tak kerana saya sendiri belum pernah upgrade dari HDD ke SSD. Ini kerana kebanyakkan customer hanya menukar HDD baru sahaja. Ini mungkin disebabkan faktor harga SSD yang lebih mahal dari HDD. Namun dari segi performance memang SSD lebih laju dari HDD. Tapi bergantung juga dengan laptop yang ingin di upgrade. Jika laptop mempunyai hardware dengan spesifikasi yang lebih tinggi adalah lebih baik untuk di upgrade ke SSD. Setiap motherboard laptop memang ada limit untuk upgrade ram, HDD/SSD atau processor. Jika mahu selamat ikut sahaja spesifikasi asal. Contoh netbook Lenovo Ideapad S100 1 Malaysia HDD kapasiti 320gb, so anda upgrade SSD kapasiti 320gb ke bawah. Jika ram anda masih 1gb boleh upgrade ke 2gb untuk lebih laju. Jika netbook anda masih lagi menggunakan OS ori, anda boleh clone HDD lama ke SSD baru anda atau backup menggunakan One Key Recovery ke dalam dvd.

      Padam
  49. Slm.admin,saya bru beli netbook lenovos110...mcmana nk download aplikasi mcm lambang google,chrome dan sbagainya.ya lah mcm kat komputer kan dia bnyk aplikasi.minta tunjuk caranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, download jer di internet. Software biasanya ada freeware/trail. Kalau yang freeware macam google chrome, mozilla firefox, adobe reader, winamp, vlc player, 7zip dan banyak lagi. Kalau yang trail, anda kena beli kalau tamat tempoh. Sila install software yang penting sahaja, jangan install terlalu banyak software kerana ini boleh menyebabkan laptop/netbook/pc menjadi berat atau lembab

      Padam
  50. hai salamat ptng....bagaimana cara untuk mengatasi masalah leptop lenovo S11....MASALAH 1 MINTA ENTER CURRENT PASSWORD????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak cara untuk unlock boleh cari di google. Kalau saya biasanya guna universal programmer.

      Padam
  51. Agak agaklaptop nie ada lagi tak ?

    BalasPadam
  52. Kalau sye format laptop ni, smua bnde dlm laptop tu hilang x?

    BalasPadam
  53. Assalam Admin..brp slot untuk tambah ram laptop 1 malaysia...?

    BalasPadam
  54. salam,selamat tengahari admin..admin,mok nanyak berapa bajet mun kita upgrade ram pergi ke 2gb?

    BalasPadam
  55. Boleh minta nom telfon bos...laptop lenovo s100 saya pun rosak...

    BalasPadam
  56. Salam bro, kalau sya upgrade ram 4gb laptop lenovo s110 utk dipakai kat windows 10 64 bit agak2 lepas x?

    BalasPadam
  57. hai admin..Netbook Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia ada masalah dgn bateri..agak2 berapa rm ye kos replace bateri?thnks..

    BalasPadam
  58. Netbook lenova ideapad S100.masik ada lagi tak.

    BalasPadam