Selasa, 29 Oktober 2013

[WTS] Prolink PWH2004 Wireless HSPA Router


Saya ada satu wireless HSPA router jenama Prolink PWH2004 untuk dijual. Router ini dibeli pada tahun 2010 dan digunakan dalam 1 tahun lebih atau 2 tahun. Selepas itu router mengalami masalah no power disebabkan power adapter telah rosak. Disebabkan kesukaran mencari power adapter jenis ini, router ini saya simpan lebih kurang 1 tahun lebih. Dan baru-baru ini saya terjumpa power adapter sama jenis dengan power adapter original yang telah rosak. Apabila dicuba, akhirnya router berjaya dihidupkan. Saya telah mencuba router ini selama 2 hari & tiada masalah yang timbul. Router juga telah direset ke default factory. Saya juga telah upgrade firmware asal V24.5.0.0.4.9b1 (Feb 9 2010) kepada firmware terbaru V24.5.0.0.4.9b17 (Sep 25 2013). Mengemas kini firmware terbaru adalah penting untuk penambahbaikan pada sistem router. Senarai 3.75G HSPA USB Modem yang support untuk router ini juga telah bertambah kepada 147 model. Bagi anda yang berminat membeli router ini, pastikan anda mempunyai modem xDSL/Cable Modem atau 3.75G HSPA USB Modem untuk membuat sambungan ke router ini. Harga adalah RM40 untuk cash on delivery (COD) Sri Aman & tambah RM10 untuk Poslaju. Saya memberi 1 minggu jaminan setelah barang diterima.

Kandungan Kotak

  1. PWH2004 3.75G Wireless HSPA Router
  2. 2 antennas
  3. Quick Installation Guide
  4. User Guide CD
  5. Power Adapter (Baru)
  6. Ethernet Cable
Info Lengkap Prolink PWH2004 : http://www.prolink2u.com/new/products/index.php?cid=236

Senarai 3.75G HSPA USB Modem yang support untuk router ini : http://www.prolink2u.com/download/cl/cl_PWH2004_WNR1008_WNR1012_Rev4.8.pdf

ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]


Kotak Prolink PWH2004
Pakej Dalam Kotak
Perhatikan LED PWR & WLAN/WPS Menyala Menggunakan Power Adapter Baru

0 comments:

Catat Ulasan