Isnin, 4 November 2013

Masalah Keyboard & Windows 7 Pada Netbook HP Mini 110-3130TU 1 Malaysia


Pastikan Anda Membuka Cover Di Bawah Netbook Untuk Melihat CD Key Original
Masalah
Netbook ini bermasalah pada keyboard dan sistem Windows 7. Satu butang huruf keyboard bermasalah dan menyebabkan kesukaran untuk menaip & kadang-kadang menyebabkan Windows hang. Bagi masalah Windows pula, Pemilik netbook ini telah clean format Windows kepada Windows 7 Enterprise. Pada pendapat saya, sepatutnya netbook hanya perlu di restore ke setting kilang kerana setiap netbook berjenama mempunyai sistem recovery sendiri. Original Windows netbook ini adalah Windows 7 Starter. Apabila di scan menggunakan antivirus MSE terdapat virus pada partition d:

Penyelesaian
Bagi masalah keyboard, Saya tukar keyboard baru sahaja. Keyboard ini sesuai untuk model HP Mini 110-3100 series. Jika dilihat saiz dan kedudukan skru adalah sama. Cuma bentuk ribbon sedikit berbeza tetapi posisi connector adalah sama. Bagi masalah Windows 7, Saya terpaksa clean format menggunakan Windows 7 Starter dan menggunakan cd key original yang terdapat di bawah netbook. Pastikan anda membuka cover di bawah netbook terlebih dahulu. Sebelum itu, Saya juga telah mencuba untuk restore partition yang telah kena buang namun tidak berjaya. Netbook dalam keadaan baik setelah menukar keyboard baru dan juga clean format Windows 7.

Perhatikan Bentuk Ribbon Agak Berbeza Tetapi Posisi Tetap Sama
Selesai Install Windows 7 Starter Original & Install Program

0 comments:

Catat Ulasan