Rabu, 18 September 2013

Masalah Samsung NP535U4C-S01MY Patah Pada Tempat Sangkut LCD Hinges


Perhatikan Plastik Di Sebelah Kiri Terkeluar Dari Posisi Asal
Masalah
Laptop Samsung ini mengalami masalah patah pada tempat sangkut LCD hinges. Pemilik laptop ini tidak begitu pasti sama ada laptop ini terjatuh atau kena duduk. Jika melihat pada kerosakkan, kemungkinan pemilik laptop membuka LCD secara paksa. Ini dapat di lihat pada bentuk plastik yang agak melengkung.

Penyelesaian
Pertama sekali saya uji skrin LCD terlebih dahulu & skrin LCD ini masih berfungsi dengan baik. Kemudian saya cuba untuk membaiki tempat yang patah menggunakan gam epoxy jenama Pioneer atau di tempat saya di sebut sebagai gam philippines. Gam ini boleh digunakan di atas apa-apa permukaan kecuali PVC, Telfon & Kel-F. Gam ini memerlukan 8 jam untuk kering sepenuhnya & 96 jam untuk kekuatan maksimum. Tetapi saya tidak begitu yakin sebab tempat yang di gam akan sentiasa bergerak ketika membuka dan menutup LCD. Jika tempat yang di gam tidak memerlukan pengerakkan yang kerap, mungkin gam jenis ini sesuai. Setelah selesai, saya pun pasang balik cover LCD ini. Memang agak terkeluar sedikit serta posisi LCD tidak seimbang. Ini di sebabkan bentuk plastik yang agak melengkung & kesukaran untuk menahan posisi plastik selepas disapukan gam. Saya hanya menggunakan sellotape untuk menahan plastik. Selepas berapa hari, pemilik laptop mengatakan tempat yang telah di gam patah kembali. Jadi, cara terakhir saya beli cover LCD depan & belakang baru. Saya beli dari Samsung Centre. Saya bernasib baik kerana mereka mahu mahu menjual sparepart kepada saya. Ini kerana sparepart Samsung begitu sukar di temui di pasaran biasa. Cover LCD ini datang sekali dengan antena Wifi. Saya terpaksa membuka cover laptop untuk melihat sama ada skru LCD hinge longgar atau ada plastik yang patah. Semua ok kecuali skru sahaja yang longgar. Setelah cover LCD berjaya di pasang, proses buka & tutup LCD berjalan dengan baik.

Perhatikan Cover LCD Terbuka Dan Naik Sebelah Kiri
Plastik Tempat Menyambung LCD Hinge Telah Patah
Gam Epoxy Jenama Pioneer
Sellotape Digunakan Untuk Menahan Plastik Yang Telah Disapu dengan Gam Epoxy
Cover Laptop Di Bahagian Motherboard Berjaya Dibuka
Cover LCD Depan Dan Belakang Baru

0 comments:

Catat Ulasan