Masalah
Netbook ini bermasalah blank screen setelah dihidupkan. Blank screen
yang saya maksudkan ialah skrin netbook langsung tiada cahaya seperti
netbook dalam keadaan off. Power dan battery led ada cahaya tetapi hard
disk led langsung tiada cahaya atau blinking.
Penyelesaian
Biasanya untuk masalah blank screen, kita boleh check ram terlebih
dahulu. Anda boleh cuci contact ram, slot ram atau cuba ram lain yang
sama jenis. Kalau masih bermasalah, anda boleh cuba reset sistem bios
dengan mencabut battery cmos, reset contact point, shorting kaki ic bios
atau program balik sistem bios dengan menggunakan universal programmer.
Semua cara yang saya nyatakan telah dicuba tetapi masalah tetap sama.
Biasanya untuk netbook, masalah blank screen ada 2 sebab iaitu
sistem bios corrupt atau chipset rosak. Saya mengambil keputusan untuk
menukar motherboard terpakai sahaja daripada membaiki chipset. Ini kerana
membaiki chipset seperti reheat, reball, chipset terpakai atau chipset
baru, biasanya tidak bertahan lama. Motherboard terpakai ini asalnya dari netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia. Motherboard model S100 sama sahaja dengan
motherboard model S110 dari segi reka bentuk, cuma beza motherboard S110 lebih panjang pada slot wifi card. Heatsink juga sedikit berbeza dari segi reka bentuk. Ribbon cable untuk usb port untuk model S110 lebih pendek berbanding model S100 yang lebih panjang. Processor dan video grafik juga berbeza. Wifi card juga kadang-kadang berbeza, ada yang mengunakan wifi card Atheros dan ada menggunakan wifi card Realtek. Motherboard model S100 menggunakan sistem bios AMI dan model S110 menggunakan sistem bios Insyde H20. Netbook ini tidak perlu di format balik kerana semua driver hardware
sama dengan motherboard lama, cuma driver video grafik perlu menggunakan driver video grafik S100. Software Quick Start terpaksa di reinstall balik kerana software asal corrupt.
|
Sebelah Atas Motherboard Untuk Model S100 Dan Sebelah Bawah Motherboard Untuk Model S110 |
|
Sebelah Kiri Ribbon Cable Usb Port Untuk Model S100 Dan Sebelah Kanan Ribbon Cable Usb Port Untuk Model S110 |
|
Sistem Bios AMI Pada Motherboard Model S100 |
|
Perhatikan Driver Video Controller Bermasalah Pada Motherboard Model S100 |
|
Masalah Driver Video Controller Berjaya Diselesaikan Dengan menggunakan Driver Video Grafik Model S100 |
0 comments:
Catat Ulasan