Masalah
Laptop ini mempunyai masalah dengan beberapa butang keyboard yang tidak
berfungsi. Kerosakkan pada keyboard tidak boleh di ambil mudah kerana
boleh menyebabkan laptop menjadi hang atau stuck, touchpad tidak
berfungsi dengan baik dan butang keyboard tertekan sendiri. Suhu laptop juga agak tinggi, walaupun beroperasi dalam beberapa minit.
Penyelesaian
Jika laptop anda hang atau stuck, anda boleh buka connector keyboard
laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama
ada keyboard laptop anda rosak, sistem windows atau hardware lain
rosak. Kalau touchpad sekejap berfungsi sekejap tidak, anda boleh juga
buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb
keyboard. Ini untuk menguji sama ada touchpad rosak atau keyboard rosak.
Jika butang keyboard tertekan sendiri, anda boleh buka butang keyboard
yang bermasalah dan lihat jika masalah di sebabkan debu yang melekat
atau getah butang keyboard rosak. Kalau masih bermasalah tukar keyboard
baru atau terpakai sahaja. Bagi masalah laptop ini, Saya tukar keyboard
baru sahaja. Laptop juga terpaksa di servis
dengan membuang debu pada bahagian kipas, heatsink, motherboard dan
casing.
Thermal compound juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana yang lama
telah keras. Kipas diberi sedikit minyak gris untuk melancarkan
pergerakkan kipas.
|
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Baru |
|
Perhatikan Debu Yang Terkumpul Pada Tempat Air Ventilation Menyebabkan Suhu Laptop Tinggi |
|
Kipas, Heatsink Dan Motherboard Kelihatan Bersih Setelah Diservis |
|
Semua Butang Keyboard Telah Dicuba Dan Berfungsi Dengan Baik |
0 comments:
Catat Ulasan