Masalah
Netbook ini bermasalah skrin bergoyang, jika skrin di gerakkan ke atas. Kadang-kadang skrin ok dan kadang-kadang akan bergoyang. Sistem Windows 7 juga corrupt, mungkin di sebabkan virus atau setting lari.
Penyelesaian
Biasanya untuk masalah skrin bergoyang, anda boleh check cable lvds/lcd atau skrin. Anda boleh uji cable lvds/lcd dengan melihat sama ada terdapat kesan wayar putus atau gerakkan cable lvds/lcd. Anda boleh juga uji dengan menggunakan cable lvds/lcd lain. Kalau masih bermasalah boleh guna skrin lain untuk menguji sama ada skrin ok atau rosak. Bagi netbook ini masalah skrin bergoyang di sebabkan kerosakkan pada cable lvds/lcd. Jadi, Saya tukar sahaja dengan cable lvds/lcd terpakai sesuai dengan budget pemilik netbook. Bagi mengelakkan cable lvds/lcd rosak atau wayar putus, pastikan anda tidak mengerakkan skrin anda terlampau ke atas. Cukup dalam posisi L atau 90-120 darjah. Netbook juga saya restore ke setting kilang.
|
Perhatikan Skrin Bergoyang |
|
Cable Lvds/Lcd Terpakai |
|
Popup Error |
|
Netbook Berfungsi Seperti Biasa |
0 comments:
Catat Ulasan