Masalah
Laptop ini mempunyai masalah dengan beberapa butang keyboard yang tidak berfungsi. Kerosakkan pada keyboard tidak boleh di ambil mudah kerana boleh menyebabkan laptop menjadi hang atau stuck, touchpad tidak berfungsi dengan baik dan butang keyboard tertekan sendiri.
Penyelesaian
Jika laptop anda hang atau stuck, anda boleh buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama ada keyboard laptop anda rosak, sistem windows atau hardware lain rosak. Kalau touchpad sekejap berfungsi sekejap tidak, anda boleh juga buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama ada touchpad rosak atau keyboard rosak. Jika butang keyboard tertekan sendiri, anda boleh buka butang keyboard yang bermasalah dan lihat jika masalah di sebabkan debu yang melekat atau getah butang keyboard rosak. Kalau masih bermasalah tukar keyboard baru atau terpakai sahaja. Bagi masalah laptop ini, Saya tukar keyboard terpakai kerana pemilik laptop tidak mempunyai budget yang cukup untuk menukar keyboard baru. Keyboard terpakai ini ada sedikit kelainan kerana tidak mempunyai 2 lubang skru. Anda boleh guna double tape nipis dan lekatkan di bahagian belakang keyboard untuk mengelakkan keyboard bergerak.
|
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Terpakai |
|
Semua Butang Keyboard Telah Dicuba Dan Berfungsi Dengan Baik |
0 comments:
Catat Ulasan