Selasa, 7 Jun 2016

Masalah Skrin Rosak Pada Laptop Sony Vaio V5


Masalah
Laptop ini bermasalah skrin rosak. Jika di lihat terdapat tompok hitam besar pada skrin. Skrin juga terdapat kesan retak atau pecah. Saya kurang pasti sama ada laptop terjatuh, terpijak atau pecah di sebabkan objek semasa hendak menutup skrin laptop. Ini kerana pemilik laptop cuma memberitahu skrin rosak.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah skrin rosak atau pecah, saya tukar dengan skrin baru sahaja. Skrin baru yang saya tukar untuk laptop ini jenama Innolux, bersaiz 14 inci, led screen, slim screen dan jenis glossy. Pastikan anda memilih skrin yang sesuai untuk skrin laptop anda yang rosak. Saya menasihati anda supaya tidak meletakkan sebarang objek pada bahagian keyboard atau touchpad. Ini boleh menyebabkan skrin pecah jika anda menutup bahagian skrin secara tiba-tiba.

Perhatikan Tompok Hitam Besar Dan Retak Pada Skrin
Skrin Rosak
Skrin Baru Jenama Innolux
Skrin Laptop Berfungsi Seperti Biasa

0 comments:

Catat Ulasan