Isnin, 6 Jun 2016

Masalah Blank Screen Pada Netbook Acer Aspire 1410


Masalah
Netbook ini bermasalah blank screen setelah dihidupkan. Blank screen yang saya maksudkan ialah skrin netbook langsung tiada cahaya seperti netbook dalam keadaan off. Power dan battery led ada cahaya tetapi hard disk led langsung tiada cahaya atau blinking. Suhu netbook juga agak tinggi, walaupun beroperasi dalam beberapa minit.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah blank screen, kita boleh check ram terlebih dahulu. Anda boleh cuci contact ram, slot ram atau cuba ram lain yang sama jenis. Kalau masih bermasalah, anda boleh cuba reset sistem bios dengan mencabut battery cmos, reset contact point, shorting kaki ic bios atau program balik sistem bios dengan menggunakan universal programmer. Semua cara yang saya nyatakan telah dicuba tetapi masalah tetap sama. Biasanya untuk netbook Acer, masalah blank screen ada 2 sebab iaitu sistem bios corrupt atau chipset rosak. Saya mengambil keputusan untuk menukar motherboard baru sahaja daripada membaiki chipset. Ini kerana membaiki chipset seperti reheat, reball, chipset terpakai atau chipset baru, biasanya tidak bertahan lama. Motherboard model ini begitu sukar di temui di pasaran Malaysia dan saya terpaksa membeli dari luar negara. Motherboard yang saya beli adalah model 1810TZ. Motherboard baru untuk model 1410 begitu sukar ditemui. Motherboard 1810TZ sama sahaja dengan motherboard model 1410 dari segi reka bentuk, beza cuma pada processor atau grafik. Netbook tidak perlu di format balik kerana semua driver hardware sama dengan motherboard lama. Bagi masalah suhu netbook yang agak tinggi, laptop terpaksa di servis dengan membuang debu pada bahagian kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal compound juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana yang lama telah keras. Kipas diberi sedikit minyak gris untuk melancarkan pergerakkan kipas.

Netbook Dalam Keadaan Blank Screen
Sistem Bios Telah Di Program Balik Menggunakan Universal Programmer, Namun Masih Bermasalah
Motherboard Baru Model 1810TZ
Perhatikan Debu Yang Terkumpul Dan Thermal Compound Yang Telah Keras Menyebabkan Suhu Netbook Tinggi
Sistem Bios Motherboard Baru
Netbook Dalam Keadaan Baik Setelah Diuji Dalam Beberapa Hari

0 comments:

Catat Ulasan