Masalah
Laptop ini bermasalah tidak dapat booting dan tersekat sebelum keluar
logo Windows 7 setelah di hidupkan. Laptop terus tersekat di situ,
walaupun dicuba beberapa kali. Hard disk laptop juga tidak dapat read
apabila dicucuk pada laptop lain menggunakan external. Selain dari itu,
ada beberapa butang keyboard bermasalah. Suhu laptop juga agak tinggi, walaupun beroperasi dalam beberapa minit.
Penyelesaian
Bagi masalah hard disk dan keyboard, saya tukar sahaja dengan yang terpakai. Ini kerana pemilik laptop tidak mempunyai cukup budget untuk membeli spareparts baru. Hard disk original saya telah check dan terdapat banyak bad sector. Saya telah mencuba untuk merepair bad sector tetapi setelah hampir 1 bulan masih belum selesai. Jadi, Saya mengambil keputusan untuk menghentikan proses merepair hard disk ini. Semua files tidak dapat diselamatkan kecuali original recovery partition. Kemudian original recovery partition saya transfer ke hard disk terpakai. Setelah itu, Saya terus restore laptop ke setting kilang dan berhasil. Bagi masalah suhu laptop yang agak tinggi, laptop terpaksa di servis dengan membuang debu pada bahagian kipas, heatsink, motherboard dan casing.
Thermal compound juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana yang lama
telah keras. Kipas diberi sedikit minyak gris untuk melancarkan pergerakkan kipas.
|
Sebelah Kanan Hard Disk Rosak Dan Sebelah Kiri Hard Disk Terpakai |
|
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Terpakai |
|
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah, Thermal Compound Yang Telah Keras |
|
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah, Debu Yang Terkumpul Pada Tempat Air Ventilation |
|
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah, Debu Yang Berjaya Dikeluarkan |
|
Selesai Membersihkan Debu, Menukar Thermal Compound Baru Dan Minyak Gris Kipas |
|
Suhu Laptop Dalam Keadaan Baik Dan Semua Butang Keyboard Berfungsi |
0 comments:
Catat Ulasan