Masalah
# Stuck atau hang sebelum loading windows
# Setiap kali on laptop akan keluar error atau warning
# Laptop cepat panas, walaupun baru beroperasi beberapa minit
Penyelesaian
# Bagi masalah stuck atau hang sebelum loading windows pada laptop ini disebabkan kerosakkan pada hard disk. Hard disk telah dikeluarkan dan dicucuk ke external tetapi tidak dapat dibaca dengan menggunakan laptop lain. Hard disk juga stuck atau hang semasa proses format. Saya mengambil keputusan untuk tukar sahaja dengan hard disk terpakai di atas permintaan pemilik laptop. Laptop juga telah di format dan dimasukkan Windows 7 64bit.
# Bagi masalah keluar error atau warning setiap kali on laptop adalah disebabkan bateri cmos telah rosak. Ini menyebabkan setting sistem bios lari. Saya tukar sahaja dengan bateri cmos baru jenama Panasonic. Bateri cmos asal 3pin connector, sementara bateri cmos baru 2pin connector. Jadi, saya modified sahaja dengan mencabut 2pin connector dan masukkan ke 3pin connector. Pastikan posisi positif (+) dan negatif (-) betul semasa anda memasukkan pin connector.
# Bagi masalah laptop cepat panas pula, laptop telah diservis dengan
membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal
compound juga telah digantikan dengan yang baru kerana yang lama telah
keras. Kipas juga telah diberikan sedikit minyak gris untuk melancarkan pergerakkan kipas.
 |
Error Dan Warning Sentiasa Keluar Selepas Laptop Dihidupkan |
 |
Bateri Cmos Asal 3pin Connector |
 |
Bateri Cmos Baru Jenama Panasonic 2pin Connector |
 |
Sebelah Kiri Hard Disk Rosak 160gb Dan Sebelah Kanan Hard Disk Terpakai 320gb |
 |
Perhatikan Debu Terkumpul Yang Telah Dikeluarkan Daripada Tempat Air Ventilation |
 |
Laptop Beroperasi Dengan Baik |
0 comments:
Catat Ulasan