Jumaat, 30 Januari 2015

Masalah Hard Disk Pada Laptop Acer Aspire V5-471G


Masalah
Sebelum ini pemilik laptop pernah menghantar laptop sebanyak 2 kali di sebabkan sistem windows corrupt. Saya memberi cadangan kepada pemilik laptop supaya membuat factory default backup di dalam pendrive kerana saya telah menguji hard disk dan di dapati bermasalah. Kalau hard disk rosak total, restore factory setting dapat dilakukan pada hard disk baru. Namun pemilik laptop tidak mengambil kisah masalah ini. Masa itu, hard disk masih lagi dapat berfungsi dan saya cuma restore factory setting. Cuma sistem agak perlahan, mungkin di sebabkan hard disk mempunyai bad sector. Setelah kali ke 3 pemilik laptop hantar laptop kepada saya di dapati laptop ini mengalami masalah stuck atau hang selepas keluar logo Acer, walaupun dibiarkan on selama beberapa minit. Selepas itu akan keluar error mengatakan files windows missing atau corrupt. Saya telah mencuba untuk restore factory setting, namun tidak berjaya. Laptop ini juga mengalami masalah untuk masuk ke bahagian BIOS, walaupun telah menekan butang yang betul. Masalah ini akan timbul, jika anda menukar boot mode dari UEFI ke Legacy. Laptop ini juga mengalami masalah panas pada bahagian bawah kipas, walaupun laptop beroperasi tidak lama. Namun tiada masalah auto off.

Penyelesaian
Langkah pertama saya lakukan adalah mengeluarkan hard disk yang lama dan cucuk ke pc sebagai external hard disk. Kemudian saya cuba repair hard disk menggunakan check disc pada Windows 7. Walaupun proses repair agak lama dalam beberapa hari tetapi agak berbaloi kerana saya berjaya membuat factory default backup ke dalam pendrive. Saya tukar sahaja hard disk baru jenama Western Digital 500gb. Setelah selesai restore factory setting ke dalam hard disk baru, saya pun check sistem windows menggunakan cmd dan di dapati sistem files Windows 8 terdapat files yang corrupt. Jadi, Saya upgrade terus ke Windows 8.1 melalui store. Proses upgrade mungkin memakan masa 1 hari bergantung dengan kelajuan internet anda. Setelah selesai upgrade dan check menggunakan cmd tidak terdapat masalah lagi pada sistem windows. Bagi masalah masuk ke bahagian BIOS, Saya upgrade sahaja sistem BIOS dari versi v2.13 ke versi v2.18. Laptop juga telah di servis membuang debu kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal paste dan minyak gris kipas juga ditukar. Laptop berkeadaan baik setelah semua proses dilakukan.

Proses Upgrade Windows 8 Ke Windows 8.1 Berjaya Tanpa Sebarang Masalah Timbul
Perhatikan Terdapat Bekas Telur Semut
Motherboard Berjaya Dikeluarkan Untuk Proses Membuang Debu
Perhatikan Debu Terkumpul Pada Tempat Aliran Udara Keluar
Sebelah Kiri Hard Disk Baru Jenama Western Digital Dan Sebelah Kiri Hard Disk Lama Jenama Hitachi

0 comments:

Catat Ulasan