Khamis, 6 November 2014

Masalah Hard Disk Pada Laptop Acer Aspire 2930


Masalah
Laptop Acer Aspire 2930 ini bermasalah black screen sebelum keluar logo Windows 7 walaupun di off on beberapa kali. Hard disk juga mengeluarkan bunyi yang pelik seperti bunyi klik-klik dan bunyi putaran yang tidak normal. Masalah lain pula, bateri akan cepat habis walaupun peratusan bateri yang tinggal masih banyak. Bateri juga cepat penuh semasa proses charging.

Penyelesaian
Bagi masalah black screen sebelum keluar logo Windows 7 dan bunyi klik-klik pada hard disk adalah disebabkan kerosakkan mechanical parts pada hard disk. Biasanya kalau masalah mechanical parts tukar sahaja hard disk baru. Jika hard disk anda rosak soft parts seperti boot corrupted atau bad sector, kemungkinan hard disk dapat di repair tetapi tidak sesuai digunakan sebagai master hard disk (OS). Kalau guna secondary storage hard disk mungkin ok. Tapi anda di nasihatkan untuk tidak backup dokumen penting dalam hard disk yang telah berjaya di repair, takut hard disk akan mengalami kerosakkan yang sama. Kalau untuk backup sementara tidak apa. Memandang pemilik laptop mempunyai budget yang terhad, saya tukar hard disk terpakai jenama Toshiba yang masih dalam keadaan baik. Hard disk terpakai ini telah diuji terlebih dahulu sebelum dijual. Bagi masalah bateri pula, saya tukar sahaja bateri baru. Original bateri berkapasiti 4400mAh/48Wh/10.8V. Bateri baru yang saya tukar adalah jenis OEM berkapasiti 4800mAh/11.1V. Anda boleh menggunakan voltage 10.8V/11.1V untuk bateri laptop Acer Aspire 2930.

Tips jaga bateri sila klik di sini :  http://sriamancomputerrepair.blogspot.com/2014/11/kenapa-bateri-tidak-tahan-lama-kembang.html

Hard Disk Terpakai Sebelah Kiri Dan Hard Disk Rosak Sebelah Kanan
Bateri Baru Jenis OEM 4800mAh
Selesai Install Windows 7 Home Premium Dan Menguji Bateri Baru

0 comments:

Catat Ulasan