Rabu, 10 April 2013

Cara Membuat Factory Default Backup Pada Laptop Acer Aspire V5-471P


Acer Aspire V5-471P
Sebelum ini saya ada seorang sahabat menyuruh saya untuk membuat backup pada sistem windows di laptop Acer Aspire V5-471P. Kenapa penting membuat backup pada laptop atau pc baru? Sebab kalau laptop atau pc mengalami masalah pada sistem windows, memudahkan untuk anda membaikinya sendiri. Anda boleh restore factory (Acer Recovery Management) atau melalui restore backup yang anda buat sendiri (Acer Backup Manager/ Windows 7 atau Windows 8). Ini bergantung dengan software backup/restore yang dibekalkan pada laptop & pc tersebut. Dengan ini memudahkan anda membaiki laptop atau pc rosak tanpa melalui proses yang rumit. Ini kerana semuanya telah tersedia di install dalam satu iaitu windows, drivers & preinstall software. Jadi anda tidak perlu lagi menghantar ke kedai komputer & jimat duit.

Risalah Aspire V5-471P Menunjukkan Cara Mengaktifkan Acer Recovery Management
Aspire V5-471P ini telah di datangkan dengan Windows 8 single language 64 bit. Windows 8 & juga Windows 7 tiada perbezaan dari segi backup/restore cuma Windows 8 ada sedikit penambahan. Ok melalui Acer Recovery Management pada Windows 8 ada sedikit perbezaan dengan versi sebelum ini (Windows 7). Ini kerana full backup recovery hanya dapat dilakukan di pendrive 16gb. Kelebihan full backup recovery adalah anda dapat restore recovery ke hard disk baru sekiranya hard disk lama rosak. Jadi anda tidak perlu risau, laptop anda akan seperti masa anda mula-mula beli. Ok melalui Acer Recovery Management pada Windows 8 anda boleh restore factory melalui desktop jika error tidak serius. Jika masalah sampai tidak dapat masuk ke desktop, anda terpaksa membaiki melalui boot. Berikut adalah cara-cara membuat factory default backup pada pendrive & juga membuat system repair disc with a CD/DVD/Pendrive.

Sila Taip Recovery Dari Start Dan Kemudian Klik Acer Recovery Management
Salah Satu Lagi Cara Dengan Klik Search Dan Kemudian Klik Acer Recovery Management
Jika Anda Masih Dapat Masuk Ke Desktop, Sila Guna Cara Pada Kotak 1 & Kotak 2 Di Atas Untuk Melakukan Restore Factory. Kotak Bawah Sekali Untuk Reinstall Drivers Or Applications
Sila Klik Create Factory Default Backup & Kemudian, Sila Cucuk Pendrive 16gb Di USB Anda. Biar Tick Kotak Kecil Untuk Backup Penuh Ke Pendrive (Proses Ini Akan Memasukkan Recovery Dari HDD Ke Dalam Pendrive), Kemudian Klik Next & Tunggu Sampai Finish
Jika Anda Cuma Mengharapkan Recovery Yang Terdapat Pada HDD, Sila Untick Kotak Kecil. Lepas Itu Masukkan Pendrive 512mb Atau CD/DVD untuk Membuat Bootable. Anda Boleh Menggunakan Pendrive/CD/DVD Ini Untuk Repair Melalui Boot
Jangan Lupa Untuk Klik Create Drivers And Applications Backup. Jadi Anda Tidak Perlu Untuk Muat Turun Drivers Dan  Applications Dari Laman Web Acer

0 comments:

Catat Ulasan