Ahad, 2 Mac 2014

Thermal Conductive Pad


Jika anda pernah servis sendiri kipas dan heatsink laptop anda, pasti anda akan perasan dengan satu objek yang kelihatan seperti span. Biasanya span ini melekat pada sistem heatsink. Sebenarnya span ini di kenali sebagai thermal conductive pad. Ia juga berfungsi seperti thermal paste untuk mengalirkan udara panas yang dihasilkan oleh chip ke heatsink untuk dilepaskan ke udara. Tetapi ada juga sesetengah model laptop tidak menggunakan thermal conductive pad. Thermal conductive pad ini ada pelbagai saiz dan tebal. Tapi biasanya untuk laptop menggunakan thermal conductive pad dengan ketebalan 0.1cm. Kalau tidak cukup tebal boleh double atau mengikut kesesuaian dengan ketebalan original. Saya mengesyorkan anda membeli saiz yang lebih besar untuk memudahkan anda memotong mengikut saiz original thermal conductive pad laptop anda.

Thermal conductive pad ini memang mudah rosak setiap kali anda membuka sistem heatsink untuk servis. Biasanya ia akan mudah terkoyak, pecah (merekah) atau keras. Paling bagus anda mesti menukar thermal conductive pad 1 set. Kalau nak jimat tukar thermal conductive pad yang koyak atau pecah (merekah) sahaja.

Objek Yang Ditanda Dengan Kotak Hijau Di Atas Merupakan Themal Conductive Pad
Contoh Thermal Conductive Pad Berwarna Gray

0 comments:

Catat Ulasan