Rabu, 18 September 2013

Masalah LCD Video Bergoyang Pada Laptop Acer Extensa 4630Z


Perhatikan LCD Monitor Di Belakang Dalam Keadaan Normal
Masalah
Laptop ini mengalami masalah pada LCD. LCD video akan bergoyang dari atas ke bawah dan kadang-kadang akan ok tapi sekejap sahaja. Warna pada LCD juga berubah seperti warna merah jambu. Skrin LCD ini menggunakan CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps). Kalau skrin LCD sekarang banyak menggunakan LED.

Penyelesaian
Pertama sekali yang anda lakukan bila mengalami masalah macam ini, sila uji terlebih dahulu menggunakan LCD monitor. Jika masalah sama seperti di laptop anda, kemungkinan GPU anda mengalami masalah. Kalau di LCD monitor ok, maksudnya skrin LCD atau riben bermasalah. Cara pertama yang saya lakukan cabut connector lcd pada motherboard & LCD, kemudian masuk balik. Bila on laptop masih lagi masalah. Cara kedua cuci contact connector, masih juga sama. Cara ketiga saya menggunakan skrin LCD terpakai yang sama jenis 14.1 WXGA. Apabila diuji LCD laptop berjalan seperti biasa. Setelah ditukar skrin LCD yang baru, masalah berjaya di selesaikan. Pastikan anda uji CCFL LCD dengan menggunakan shortcut key Fn+Arrow kiri & kanan atau menggunakan power options. Ini kerana saya pernah mengalami masalah CCFL LCD tidak berjalan secara normal. Cahaya yang di keluarkan CCFL tidak naik secara berperingkat apabila menggunakan shortcut key Fn+Arrow kiri & kanan. Windows juga telah di restore ke setting kilang. Windows original untuk laptop ini adalah Windows Vista Home Premium 32bit.

Menguji Menggunakan Skrin LCD Terpakai
Skrin LCD Baru
Skrin LCD Jenama LG LP141WX3 (TL) (N1)
Selesai Menukar Skrin LCD Baru

2 ulasan:

  1. kalo bergaris atas dan bawahnya terus ditengah-tengahnya bergoyang awalnya ketika dihidupkan cuma goyang-goyang tapi sebentar nah sekarang goyang mulu nih
    udah di tes degang monitor dan ok ok aja tuh
    bantuin gan cara mengatasinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di lcd monitor ok, kemungkinan masalah pada lcd/lvds cable or lcd screen sudah rosak. Boleh try cabut connector lcd/lvds cable & masuk balik or cuci connector/slot

      Padam