Ahad, 17 November 2013

Masalah Blank Screen Pada Laptop Toshiba Satellite L310 PSME2L-00Y002


Laptop Dalam Keadaan Blank Screen
Masalah
Laptop ini mengalami masalah blank screen. Banyak faktor boleh menyebabkan blank screen. Anda dinasihatkan untuk melakukan test basic terlebih dahulu, sebelum membuka casing laptop anda. Test basic yang saya maksudkan adalah seperti menguji skrin LCD terlebih dahulu pada LCD monitor. Jika tiada signal pada LCD monitor, langkah seterusnya anda boleh uji RAM/slot RAM/tukar RAM. Jika semua test tidak berjaya, barulah anda boleh membuka casing laptop anda. Laptop ini menggunakan Windows XP dan setiap kali masuk ke desktop akan keluar satu popup mengatakan terdapat satu driver missing iaitu driver mass controller. Ini bermaksud driver card reader tidak diinstall. Bateri laptop ini juga tidak dapat digunakan lagi. Bateri tidak dapat charge dan tidak detect.

Penyelesaian
Bagi masalah blank screen, Saya telah uji menggunakan LCD monitor namun tiada signal. Kemudian saya uji di bahagian RAM. Pertama sekali cuci RAM dan slot RAM. Apabila dicuba masih lagi blank screen. Jadi saya cuci slot RAM lebih kurang 4 kali, namun masih blank screen. Apabila RAM dicabut dan dimasukkan ke slot RAM yang kedua, akhirnya laptop berjaya di hidupkan. Kemungkinan besar, slot RAM yang pertama mengalami masalah. Saya juga telah uji slot RAM yang pertama dengan menggunakan RAM baru, namun masih gagal. Pemilik laptop ini meminta saya untuk melakukan upgrade dari Windows XP ke Windows 7. RAM juga telah di upgrade dari 1gb ke 2gb. Original RAM jenama Samsung dan RAM baru jenama Kingston. Bateri juga ditukar baru dengan menggunakan bateri original atas permintaan pemilik laptop sendiri. Bateri original Toshiba Satellite L310 ini berkapasiti 3700mAh dan bateri original yang baru ditukar berkapasiti 4800mAh. Ini bermaksud bateri baru ini lebih tahan lama menyimpan kuasa. Bagi bateri baru, pastikan anda charge selama 8 jam tanpa on laptop. Selepas 8 jam, pastikan anda off suis charger. Bagi bateri yang baru saya belikan ini pula mengesyorkan untuk charge selama 10 jam. Anda dinasihatkan untuk baca label yang terdapat pada bateri sebelum menggunakannya. Bateri baru ini saya telah uji dan boleh bertahan sampai 4 jam lebih, ini bergantung dengan cara penggunaan. Laptop telah diuji beberapa hari dan masalah blank screen tiada lagi.

Tips jaga bateri sila klik di sini :  http://sriamancomputerrepair.blogspot.com/2014/11/kenapa-bateri-tidak-tahan-lama-kembang.html


Kebiasaannya Laptop Mempunyai 2 Slot RAM
Masalah Yang Terdapat Pada Windows XP Sebelum Upgrade Ke Windows 7
RAM Original Jenama Samsung Di Sebelah Atas Dan RAM Baru Jenama Kingston Di Sebelah Bawah
Sebelah Atas Bateri Original Lama Dan Sebelah Bawah Bateri Original Baru
Selesai Install Windows 7 Home Premium & Install Program

0 comments:

Catat Ulasan