Khamis, 15 Oktober 2015

Masalah Hard Disk Laptop Locked Atau Password Protected


Masalah
3 hari yang lepas, saya ada menerima 2 unit hard disk laptop jenama Western Digital jenis Scorpio Blue dari sahabat yang berasal Sarikei, Sarawak. Hard disk ini bermasalah locked atau password protected. Biasanya masalah ini disebabkan password user atau master hard disk telah diaktifkan pada bahagian bios. Jika anda terlupa password boleh menyebabkan hard disk tidak dapat digunakan. Walaupun anda cabut dan cucuk hard disk pada tempat lain memang tidak dapat digunakan.

Penyelesaian
Model hard disk ini ialah WD2500BEVT dan WD2500BPVT berkapasiti 250gb. Sebelum ini saya pernah unlock hard disk jenama Western Digital WD2500BEVT menggunakan teknik dos. Banyak cara yang digunakan untuk unlock hard disk tetapi teknik dos adalah paling cepat. Saya cuma memerlukan 1 saat sahaja untuk unlock 2 unit hard disk ini. Teknik dos ini mungkin berjaya bergantung dengan jenama, model dan kapasiti hard disk. Kebanyakkan kedai komputer atau juruteknik komputer akan mengesyorkan anda untuk menukar hard disk baru untuk menyelesaikan masalah ini. Jika anda ada masalah hard disk laptop atau pc yang locked atau password protected boleh hantar dengan saya. Senarai di bawah akan di kemas kini dari masa ke semasa.

Senarai Hard Disk Berjaya Di Unlock

  1. Western Digital 2.5 WD2500BEVT
  2. Western Digital 2.5 WD2500BPVT

2 Unit Hard Disk Laptop Ini Locked Atau Password Protected
Perhatikan Tulisan Yang Ditanda Dengan Warna Merah Bermaksud Hard Disk Dalam Keadaan Lock
Hanya 1 Saat Diperlukan Untuk Unlock Hard Disk
Tiada Lagi Tulisan Yang Ditanda Dengan Warna Merah Bermaksud Hard Disk Berjaya Di Unlock
Kedua-dua Hard Disk Berjaya Dibuka Pada Netbook Lain

0 comments:

Catat Ulasan