Isnin, 13 Jun 2016

Masalah Lambat Pada PC Acer Aspire M1610


Masalah
Pc ini bermasalah lambat. Pc ini mempunyai hard disk berkapasiti 160gb dan menggunakan ram ddr2 512mb. Pc juga masih menggunakan operating system Windows XP. Jika dilihat di dalam casing pc, banyak debu terkumpul di casing, motherboard, kipas dan heatsink. Thermal compound pada processor juga telah keras kerana tidak pernah ditukar.

Penyelesaian
Masalah pc atau laptop lambat boleh di sebabkan kekurangan memory atau ram, hard disk low space atau bad sector, install antivirus lebih dari satu, virus, overheat dan banyak lagi. Bagi pc ini, masalah di sebabkan kekurangan memory yang cuma berkapasiti 512mb. Pc ini juga mempunyai antivirus lebih dari satu. Anda di nasihatkan hanya install satu sahaja antivirus di dalam pc atau laptop anda. Ini kerana antivirus merupakan program yang memerlukan penggunaan memory yang agak tinggi. Pc juga di dapati mempunyai virus. Saya telah mengesyorkan pemilik pc untuk menambah memory atau ram berkapasiti 2gb. Setelah di tambah ram 2gb + 512mb, total memory menjadi 2.5gb. Semua dokumen penting saya backup terlebih dahulu sebelum pc di format dan di install os Windows 7. Pc juga di servis dengan membuang debu pada bahagian kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal compound pada processor juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana yang lama telah keras. Wayar juga diikat dengan lebih kemas supaya pengaliran udara lebih baik.

Perhatikan Debu Yang Terkumpul Di Dalam Casing Pc
Perhatikan Debu Pada Motherboard, Kipas Dan Heatsink. Thermal Compound Pada Processor Juga Telah Keras
Sebelah Atas Ram DDR2 512mb Dan Sebelah Bawah Ram DDR2 2gb Terpakai
Casing, Motherboard, Kipas Dan Heatsink Kelihatan Bersih, Setelah Debu Dibuang
Saya Hanya Install Software Yang Perlu Sahaja Di Dalam PC Ini Kerana Kapasiti Hard Disk Agak Terhad

0 comments:

Catat Ulasan