Selasa, 21 Mei 2013

Masalah Auto Shutdown & Windows 7 Pada Laptop Compaq Presario CQ42


Selesai Membuka Keyboard & Housing Sebelah Atas
Masalah
Laptop jenama Compaq Presario CQ42 ini mengalami masalah auto shutdown. Bila laptop dah operasi dalam masa yang lama, tiba-tiba terus auto shutdown. Bila dipegang bahagian bawah laptop, memang terasa panas lebih dari biasa. Lepas itu saya cuba hidupkan balik laptop, tidak sampai berapa minit laptop terus padam lagi. Bila disuluh dengan menggunakan lampu di bahagian kipas & heatsink terdapat debu/habuk. Kemungkinan debu/habuk di bahagian heatsink (tempat keluar aliran udara) telah menyekat laluan udara panas untuk keluar. Jadi, laptop akan padam sendiri bagi menggelakkan motherboard terbakar atau rosak. Laptop ini juga mengalami masalah pada sistem windows. Ini menyebabkan saya tidak dapat masuk ke bahagian desktop & juga untuk check suhu laptop ini.

Penyelesaian
Ok untuk masalah auto shutdown ini, saya cuba untuk membersihkan bahagian kipas & heatsink terlebih dahulu. Kadang-kadang masalah auto shutdown ini juga boleh berpunca dari masalah lain. Setiap laptop mempunyai kedudukkan kipas & heatsink yang berbeza. Ada yang mudah dibuka & ada juga yang sukar untuk dibuka. Pastikan anda menggunakan peralatan yang sesuai bagi menggelakkan tepi housing laptop anda rosak & klip housing patah. Setelah kipas & heatsink laptop dibuka, memang terdapat debu/habuk yang agak tebal pada tempat aliran udara keluar. Ini menyebabkan aliran udara tersekat & laptop menjadi panas dari biasa. Thermal paste/compound juga telah keras. Sebelum anda nak cuci debu/habuk, pastikan anda cabut dulu bateri cmos. Ini bagi menggelakkan kerosakkan pada komponen motherboard  akibat static yang terdapat pada berus cat. Setelah debu/habuk dibersihkan pada motherboard, kipas, heatsink & housing, saya pun pasang balik. Thermal paste/compound juga saya gantikan. Ram & slot ram juga telah dibersihkan. Bagi masalah windows, saya terpaksa clean format sebab tiada OEM recovery atau windows image backup. Sesetengah kedai komputer akan terus clean format tanpa memeriksa terlebih dahulu, sama ada laptop mempunyai OEM recovery atau tidak. Setiap pc atau laptop berjenama mempunyai sistem recovery sendiri. Ia mempunyai key tertentu untuk mengaktifkannya. Setelah selesai install windows 7 & juga install program, saya biarkan laptop ini hidup dalam beberapa jam & tiada lagi masalah auto shutdown. Suhu laptop juga dalam keadaan normal.

Motherboard Berjaya Dikeluarkan
Thermal Paste/Compound Telah Keras & Digantikan Dengan Thermal Paste/Compound Baru
Perhatikan Debu/Habuk Yang Tebal Pada Heatsink & Kipas
Debu/Habuk Telah Ditanggalkan Dari Heatsink
Heatsink & Kipas Telah Dibersihkan
Selesai Install Windows 7 & Juga Install HWMonitor Untuk Monitor Suhu Laptop Anda

0 comments:

Catat Ulasan