Sabtu, 11 Jun 2016

Masalah DC Power Jack Longgar Pada Netbook Asus EeePC X101CH


Masalah
Netbook ini bermasalah longgar pada dc power jack. Netbook akan terpadam secara tiba-tiba, jika wayar atau kepala charger digerakkan. Netbook juga akan terpadam, jika netbook digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Hujung connector tip charger juga di dapati telah rosak kerana tiada lagi lapisan plastik berwarna hitam. Biasanya lapisan plastik di hujung connector tip berfungsi untuk menahan connector tip daripada tertanggal atau longgar. Charger yang digunakan oleh pemilik netbook juga kurang sesuai kerana menggunakan charger jenis automatic voltage.

Penyelesaian
Langkah pertama saya lakukan ialah dengan menukar charger yang sesuai. Netbook jenis ini output ialah 19v 1.58a, connector tip size 2.5 x 0.7mm. Jika anda tidak menyimpan charger original, anda boleh check output di bawah netbook anda. Pastikan voltage sama 19v, kalau amp mesti sama 1.58a atau tinggi sedikit seperti 2.1a. Amp tidak boleh rendah dari 1.58a. Menggunakan charger yang kurang sesuai boleh menyebabkan charger cepat rosak, bateri lambat penuh semasa mengecas, dc power jack rosak dan mungkin motherboard akan rosak. Setelah menukar charger baru, masalah netbook terpadam masih ada. Saya suspek dc power jack yang bermasalah, kemungkinan besar contact yang terdapat di dalam dc power jack telah patah atau longgar. Saya terpaksa membuat tempahan dari luar negara kerana kesukaran mencari stok dc power jack jenis ini di pasaran. Dc power jack netbook ini bukan jenis plug and play tetapi jenis yang perlu di soldering di motherboard. Setelah menukar dc power jack baru, tiada lagi masalah netbook terpadam.

Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah Adalah Dc Power Jack Baru Dan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Kuning Adalah Dc Power Jack Rosak
Charger Jenis Ini Kurang Sesuai Digunakan Kerana Menggunakan Automatic Voltage
Perhatikan Connector Tip Sebelah Kiri, Tiada Lagi Lapisan Plastik Berwarna Hitam Pada Hujung Connector Tip
Netbook Telah Diuji Dalam Beberapa Jam Dan Tiada Lagi Masalah Terpadam

0 comments:

Catat Ulasan