Rabu, 18 September 2013

Netbook ASUS EeePC 1011CX 1 Malaysia


Ini salah satu lagi netbook 1 Malaysia jenama ASUS EeePC 1011CX. Jika di bandingkan dengan netbook 1 Malaysia sebelum ini bateri Asus ini lebih tahan lama. 11 jam tapi semua bergantung dengan cara penggunaan. Bagi processor, ram & juga hard disk sama seperti sebelum ini. Processor menggunakan Intel Atom CPU N2600 (1.60ghz). Ram jenis DDR3 1gb, kalau 2gb mungkin lebih lancar. Hard disk berkapasiti 320gb. Mempunyai sambungan HDMI, 3x USB 2.0, lan & card reader. OS netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32bit SP1 & juga Office 2010 versi Home & Students. Antivirus menggunakan Microsoft Security Essentials (MSE).

Netbook ini juga mempunyai 2 pilihan OS boot iaitu Windows 7 atau menggunakan Express Gate Cloud. Express Gate Cloud ini lebih kurang macam Quick Start yang terdapat pada netbook Lenovo 1 Malaysia sebelum ini. Fungsi Express Gate Cloud ini adalah bagi memudahkan anda menggunakan internet & juga membuka beberapa program dengan lebih ringan & cepat jika berbanding menggunakan Windows. Netbook Asus ini juga mudah untuk restore ke setting kilang jika berlaku masalah pada sistem Windows. Cuma perlu tekan F9 untuk mengaktifkan recovery. Anda juga boleh simpan recovery dalam pendrive bagi langkah berjaga-jaga jika hard disk rosak. Pastikan anda menggunakan pendrive 16gb untuk backup recovery.

Express Gate Cloud
Sedikit Info ASUS EeePC 1011CX
Recovery Untuk Proses Restore Ke Setting Kilang & Backup Untuk Simpan Recovery Ke Dalam Pendrive
Antara Netbook Asus 1 Malaysia Yang Sudah Dibaiki

13 ulasan:

  1. As salam admin. saya nak tanya pendapat admin. saya baru bercadang untuk membeli netbook asus jenis ini, memandangkan bajet tidak terlalu byk. adakah laptop ni sesuai untuk digunakan oleh saya? saya kerap mengunakan microsoft office serta perlu menggunakan beberapa jenis adobe bg menyelesaikan tugasan saya, adakah ok untuk saya membeli jenis ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalau office ok saya rasa sebab netbook ini memang dibekalkan sekali dengan office versi home and students. Kalau adobe photoshop/illustrator ada susah sikit la, mungkin dapat guna tetapi mungkin masalah lag/hang. Lagi satu anda mungkin tidak dapat membuka program yang banyak dalam satu masa. Kalau berminat nak cari netbook ini saya ada 1unit. Satu lagi brand Lenovo. Sila tinggalkan email anda di sini atau isi butiran di contact me.

      Padam
  2. Salam..sya nak tnya..ada ram eeepc 1011cx ini bole upgrade ke 2gb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau netbook jenis ini ram tak dapat upgrade sebab tiada extra slot ram. Hanya builtin ram 1gb sahaja.

      Padam
  3. Nak tanya. Sy ada 1 netbook jenis ni. Sy buka satu persatu nak tukar ram ke 2 gb. Tp tak jumpa ram langsung. Memang jenis ni takde ram ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'a, cuma ada builtin ram 1gb. Takde extra slot ram.

      Padam
  4. Assalamualikum. Klau sy follow cara tmbh ram utk model notebook ne dr lmn web http://www.sainsseo.com/2015/06/cara-menambah-kapasitas-ram-laptop.html?m=1 agak2 boleh ke ? Terima kasih

    BalasPadam
  5. Macam mana saya nak bagi sistem windows untuk netbook ni ringan sbb jika bukak laman web ke software terlalu lama nk loading.

    BalasPadam
  6. Berapa harga second hand netbook ni ye tuan?

    BalasPadam
  7. Salam admin, saya ada notebook jenis ini, masalhnya charger rosak. Cari dekat kedai tak jumpa..

    BalasPadam
  8. Assalam admin... Ade jual lagi ke netbook ni ye?

    BalasPadam
  9. Salam tuan,saya mahu tukar ram tetapi tidak boleh adakah boleh saya tukar ram dengan menukarkan motherboard untuk netbook asus ni

    BalasPadam