Ini salah satu lagi netbook 1 Malaysia jenama ASUS EeePC 1011CX. Jika di bandingkan dengan netbook 1 Malaysia sebelum ini bateri Asus ini lebih tahan lama. 11 jam tapi semua bergantung dengan cara penggunaan. Bagi processor, ram & juga hard disk sama seperti sebelum ini. Processor menggunakan Intel Atom CPU N2600 (1.60ghz). Ram jenis DDR3 1gb, kalau 2gb mungkin lebih lancar. Hard disk berkapasiti 320gb. Mempunyai sambungan HDMI, 3x USB 2.0, lan & card reader. OS netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32bit SP1 & juga Office 2010 versi Home & Students. Antivirus menggunakan Microsoft Security Essentials (MSE).
Netbook ini juga mempunyai 2 pilihan OS boot iaitu Windows 7 atau menggunakan Express Gate Cloud. Express Gate Cloud ini lebih kurang macam Quick Start yang terdapat pada netbook Lenovo 1 Malaysia sebelum ini. Fungsi Express Gate Cloud ini adalah bagi memudahkan anda menggunakan internet & juga membuka beberapa program dengan lebih ringan & cepat jika berbanding menggunakan Windows. Netbook Asus ini juga mudah untuk restore ke setting kilang jika berlaku masalah pada sistem Windows. Cuma perlu tekan F9 untuk mengaktifkan recovery. Anda juga boleh simpan recovery dalam pendrive bagi langkah berjaga-jaga jika hard disk rosak. Pastikan anda menggunakan pendrive 16gb untuk backup recovery.
 |
Express Gate Cloud |
 |
Sedikit Info ASUS EeePC 1011CX |
 |
Recovery Untuk Proses Restore Ke Setting Kilang & Backup Untuk Simpan Recovery Ke Dalam Pendrive |
 |
Antara Netbook Asus 1 Malaysia Yang Sudah Dibaiki |
As salam admin. saya nak tanya pendapat admin. saya baru bercadang untuk membeli netbook asus jenis ini, memandangkan bajet tidak terlalu byk. adakah laptop ni sesuai untuk digunakan oleh saya? saya kerap mengunakan microsoft office serta perlu menggunakan beberapa jenis adobe bg menyelesaikan tugasan saya, adakah ok untuk saya membeli jenis ini?
BalasPadamSalam. Kalau office ok saya rasa sebab netbook ini memang dibekalkan sekali dengan office versi home and students. Kalau adobe photoshop/illustrator ada susah sikit la, mungkin dapat guna tetapi mungkin masalah lag/hang. Lagi satu anda mungkin tidak dapat membuka program yang banyak dalam satu masa. Kalau berminat nak cari netbook ini saya ada 1unit. Satu lagi brand Lenovo. Sila tinggalkan email anda di sini atau isi butiran di contact me.
PadamSalam..sya nak tnya..ada ram eeepc 1011cx ini bole upgrade ke 2gb?
BalasPadamKalau netbook jenis ini ram tak dapat upgrade sebab tiada extra slot ram. Hanya builtin ram 1gb sahaja.
PadamNak tanya. Sy ada 1 netbook jenis ni. Sy buka satu persatu nak tukar ram ke 2 gb. Tp tak jumpa ram langsung. Memang jenis ni takde ram ke
BalasPadamA'a, cuma ada builtin ram 1gb. Takde extra slot ram.
PadamAssalamualikum. Klau sy follow cara tmbh ram utk model notebook ne dr lmn web http://www.sainsseo.com/2015/06/cara-menambah-kapasitas-ram-laptop.html?m=1 agak2 boleh ke ? Terima kasih
BalasPadamMacam mana saya nak bagi sistem windows untuk netbook ni ringan sbb jika bukak laman web ke software terlalu lama nk loading.
BalasPadamBerapa harga second hand netbook ni ye tuan?
BalasPadamSalam admin, saya ada notebook jenis ini, masalhnya charger rosak. Cari dekat kedai tak jumpa..
BalasPadamWslm. Nak cari charger ker? Asal mana?
PadamAssalam admin... Ade jual lagi ke netbook ni ye?
BalasPadamSalam tuan,saya mahu tukar ram tetapi tidak boleh adakah boleh saya tukar ram dengan menukarkan motherboard untuk netbook asus ni
BalasPadam